Home Coretan SukaSuki Own' Karya Examination

Saturday 27 December 2014

Entry Esei SPM/STPM


Bismillahirrahmanirrahim,

Sebagai ' a new blogger' jari-jari nih masih terasa janggal untuk menaip sesuatu entry yang boleh memuaskan semua pihak dan...
Time-time cuti sekolah yang kian berakhir cenggini teringat pulak dekat junior-junior yang bakal menempuh alam persekolahan mereka kembali muahaha *gelak jahat* Hiks, apa-apa pun junior-junior tersayang tempuhilah alam persekolahan korang dengan hati yang ceria okeh.

ALL THE BEST, FIGHTING!

So, di sini I *gedik nak speaking,hailoh* nak berkongsi serba sedikit plot/ rangka karangan/ erk, atau 'apa-apa aje lh yang seangkatan dengannya' yang I dapat daripada cikgu tersayang. Khas untuk anda yang bergelar pelajar. Yang mana isi dia korang dah tau buat-buat layan aje lh eh.

Tajuk : Penderaan kanak-kanak terus berlaku di negara ini kerana sifat masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri.Tuliskan ulasan anda selengkapnya.

Pendahuluan: (Jenis definisi)
  • Penderaan kanak-kanak ialah perbuatan memukul, menghukum, menyakitkan hati atau perbuatan yang dapat mendatangkan kecederaan fizikal.
  • Jenis penderaan : memukul, merotan, dan mencucuh badan dengan puntung rokok yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Isi-sisi penting :
  1. Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat.

  • Masyarakat atau jiran tidak mengambil berat jika berlaku penderaan di kawasan sekitar mereka kerana tidak mahu "menjaga tepi kain orang".
  • Tidak melaporkan kepada pihak berwajib jika berlaku penderaan di kawasan kediaman mereka.


      2. Ibu bapa menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Kos hidup yang kian meningkat menyebabkan perbelanjaan terhadap keperluan anak meningkat, mereka menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Anak dipukul, dirotan jika menimbulkan karenah.


      3. Ibu bapa terlalu mengejar kemewahan atau bersikap materialistik.
  • Ibu bapa yang bekerja tidak mengambil berat tentang kebajikan anak mereka dan soal penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh.
  • Ibu bapa menganggap bahawa dengan memberikan kesenangan dalam bentuk kebendaan sudah mencukupi.
  • Penderaan yang dilakukan oleh pihak pengasuh terhadap kanak-kanak.
  • Apabila anak memerlukan perhatian atau kasih sayang, mereka menjadi sasaran melepaskan geram oleh ibu bapa mereka.


      4. Emosi ibu bapa yang tidak stabil.
  • Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja atau tekanan kerja yang melampau akan mudah hilang kawalan apabila berhadapan dengan karenah anak.
  • Segala penat lelah yang dilalui sepanjang hari ditempiaskan kepada si anak.
  • Anak dipukul dan didera.


Penutup :

( Penanda wacana ) : Kesimpulannya,

( Penyataan ) : Kejadian penderaan dalam kalangan kanak-kanak kini semakin serius dan melibatkan        ibu bapa sendiri atau saudara terdekat.

( Sebab ) : Mereka terlalu mementingkan diri dan kerjaya, namun terdapat juga kes yang berlaku kerana si pendera itu sendiri pernah didera dan mengalami trauma yang teruk.

( Harapan ) : Kempen yang berterusan amatlah perlu untuk menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab terhadap anak mereka. Kesedaran masyarakat atau jiran juga perlu ditingkatkan supaya mereka dapat melaporkan kejadian penderaan sebelum menjadi lebih serius.




Okeh, selesai, fiuhh *lap dahi*. Semoga bermanfaat untuk dikongsikan. Maaf atas segala kesilapan
:)

May your life be blessed.






Wednesday 24 December 2014

Belajar buat blog

Yihhaaa! i'm done. hiks

Susah juga nak 'create' blog nih. Faham segala kebenda aps yang masih baru dilihat oleh pancaindera.

Masih banyak lagi kerja-kerja baik pulih yang perlu dilaksanakan untuk mendirikan 'sebuah bangunan' (blog) agar dapat ditonjolkan dengan megahnya. -ahaha hiperbola sangat ayat ni-

Okeh, that's all. I'm new here. Harap maaf segala kesilapan. Okie lah kan budak baru update blog dengan se-co-et post nih *lap peluh dahi*

May Allah bless. salam alaik