Bismillahirrahmanirrahim,
Sebagai ' a new blogger' jari-jari nih masih
terasa janggal untuk menaip sesuatu entry yang boleh memuaskan semua pihak
dan...
Time-time cuti sekolah yang kian berakhir
cenggini teringat pulak dekat junior-junior yang bakal menempuh alam
persekolahan mereka kembali muahaha *gelak jahat* Hiks, apa-apa pun
junior-junior tersayang tempuhilah alam persekolahan korang dengan hati yang ceria
okeh.
ALL THE BEST, FIGHTING!
So, di sini I *gedik nak speaking,hailoh* nak
berkongsi serba sedikit plot/ rangka karangan/ erk, atau 'apa-apa aje lh yang
seangkatan dengannya' yang I dapat daripada cikgu tersayang. Khas untuk anda
yang bergelar pelajar. Yang mana isi dia korang dah tau buat-buat layan aje lh
eh.
Tajuk : Penderaan kanak-kanak terus berlaku di
negara ini kerana sifat masyarakat yang lebih mementingkan diri
sendiri.Tuliskan ulasan anda selengkapnya.
Pendahuluan: (Jenis definisi)
- Penderaan kanak-kanak ialah perbuatan memukul, menghukum, menyakitkan hati atau perbuatan yang dapat mendatangkan kecederaan fizikal.
- Jenis penderaan : memukul, merotan, dan mencucuh badan dengan puntung rokok yang menyebabkan kecederaan fizikal.
Isi-sisi penting :
- Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat.
- Masyarakat atau jiran tidak mengambil berat jika berlaku penderaan di kawasan sekitar mereka kerana tidak mahu "menjaga tepi kain orang".
- Tidak melaporkan kepada pihak berwajib jika berlaku penderaan di kawasan kediaman mereka.
2.
Ibu bapa menganggap anak sebagai satu bebanan.
- Kos hidup yang kian meningkat menyebabkan perbelanjaan terhadap keperluan anak meningkat, mereka menganggap anak sebagai satu bebanan.
- Anak dipukul, dirotan jika menimbulkan karenah.
3.
Ibu bapa terlalu mengejar kemewahan atau bersikap materialistik.
- Ibu bapa yang bekerja tidak mengambil berat tentang kebajikan anak mereka dan soal penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh.
- Ibu bapa menganggap bahawa dengan memberikan kesenangan dalam bentuk kebendaan sudah mencukupi.
- Penderaan yang dilakukan oleh pihak pengasuh terhadap kanak-kanak.
- Apabila anak memerlukan perhatian atau kasih sayang, mereka menjadi sasaran melepaskan geram oleh ibu bapa mereka.
4.
Emosi ibu bapa yang tidak stabil.
- Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja atau tekanan kerja yang melampau akan mudah hilang kawalan apabila berhadapan dengan karenah anak.
- Segala penat lelah yang dilalui sepanjang hari ditempiaskan kepada si anak.
- Anak dipukul dan didera.
Penutup :
( Penanda wacana ) : Kesimpulannya,
( Penyataan ) : Kejadian penderaan dalam
kalangan kanak-kanak kini semakin serius dan melibatkan ibu bapa sendiri atau saudara terdekat.
( Sebab ) : Mereka terlalu mementingkan diri
dan kerjaya, namun terdapat juga kes yang berlaku kerana si pendera itu sendiri
pernah didera dan mengalami trauma yang teruk.
( Harapan ) : Kempen yang berterusan amatlah
perlu untuk menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab terhadap anak mereka.
Kesedaran masyarakat atau jiran juga perlu ditingkatkan supaya mereka dapat
melaporkan kejadian penderaan sebelum menjadi lebih serius.
Okeh, selesai, fiuhh *lap dahi*. Semoga
bermanfaat untuk dikongsikan. Maaf atas segala kesilapan
:)
May your life be blessed.
No comments :
Post a Comment