Home Coretan SukaSuki Own' Karya Examination

Sunday 4 October 2015

Ada apa dengan TEST?

Salam alaik,

Seems like sekarang nih students tengah stress nak main perang-perang dengan pen-paper. Apakah?

TEST AROUND THE CORNER, lah [T.T]

It means sel-sel otak kita perlu berhubung agar sentiasa cerdas dan fresh untuk digunakan waktu exam menjelang. lol ahaha. Actually, fizikal dan mental memang dah kena set up and ready untuk bertempur. Susah lah hidup kalau tak prepare anything untuk jawab test kan. Kata nak berjaya, cakap dalam hati, cakap di mulut yang kita nak lulus cemerlang, but action nothing. Its be like haprak pun tarak ada. Susah lah kalau macam tu, hati kata nak tapi affort tak ada. Kalau mike otak genius, idok le awok kesoh, tapi yang jenis usaha dan akalnya lower than 50% tu yang kena sedar. Lain ceghita lah kalau 'miracle' tuh berlaku. Itu dah dikira lucky sungguh.

ADEHH, TEST AJE PUN ?

Lol, kalau ada yang direct talk macam tu, rasa macam nak cepuk 180 darjah aje kang. Test tak test kalau dah result jatuh merudum tak ke bahana. Time test tu aje lah pun kita nak baiki result kita dan lihat setakat mana kemampuan yang kita berjaya redah yang susah tahap petala ketujuh tu ahahaha. Time tu jugak lah kita boleh declare war untuk bersaing secara sihat dengan kawan. Diulang ya, SECARA SIHAT. Too much jealousy is not good. So keep it up!

Sekarang ni pun, tuan empunya blog baru lepas azab TRIAL TEST. Belum ceghita lagi tang FINAL EXAM, yang bakal mendatang sebulan saja lagi, erk. Jadi dengan tekad dan azam yang baru, kena lah buat baik-baik kan. Fighting and never say die, yessaaa *lompat bintang* Mohon lah sama-sama berdoa azam tuan empunya blog ni terlaksana ya. And also all of you *smile*

So, korang-korang bakal/tengah ambil exam tu, gambatte!

Try your best, okiess. Waktu test tu, kalau dah nampak paper depan mata pun berbintang-bintang, jangan lah terus buat tahi mata LOL. Jawab aje selagi mampu dan ada daya, daripada biar kosong-kosong (O) macam bola. So, make sure paper tu berconteng dengan pena korang. Tak ada lah rugi sangat bagi gaji kepada tuan pemeriksa untuk menyemak kertas-kertas orang tuh kihkih *evil laugh* okeh, gurau [^o^]

Oh, lupa ... make sure korang study benar-benar deh. jangan main-main time study melainkan time korang rehat *baru boleh buat main* Hiks. Marilah kita study bersama-sama okeh. Tempat asing-asing LALALALA

Lets study!


So, as a conclusion, keep diligence and stay healthy! Fighting!
Be blessed, Salam alaik.

Wednesday 29 April 2015

JOURNEY

Busy days, busy weeks, Busy months!

Years ? Naaa, tak masuk akal pula nak masuk dalam statement di atas ahaha. Hiperbola duhh

Okeh itu just 'starting' - warm up for updating blog

Before that, assalamualaikum peoplessss * okeh overdose 's' *

Apa-apa pun terima kasih lah kepada cik/inche/tuan/puan/dato/datin kerana sudi baca entry tuan empunya blog yang tak seberapa ni. Tak beberapa pro sebab dikira masih baru tapi ingin mencuba seberapa baik yang boleh * yeaaaay, fighting! *

Tak mengharapkan balasan pun untuk memberi maklum balas. Kalau ada yang baca entry ni, baca lah jika anda fikir entry ni menarik. I tak kisah, yang I tahu, I tulis aje apa yang I nak merepek kihkih.

Walau bagaimanapun, tuan empunya blog ni appreciate kepada sesiapa yang boleh menerima dan membaca entry 'beliau' dengan hati terbuka * eh, beliau? ("o) *

Okeh stop stop intro. Panjang berjela-jela pula. Actually, nak kata pasal apa ni?

Oh yoshhh, sebenarnya I nak berkongsi cerita tentang LIFE ! [ Part 1 ]

Duhh, nampak macam mudah kan, satu perkataan aje pun. LIFE.

Tapi, satu perkataan tu jugak lah yang meletakkan jasad kita masih berada di sini.
Bukan nak menakutkan sesiapa tapi hakikat sebanyak mana pun 'bad/good reality' yang kita hadapi, semuanya bergantung kepada kehidupan kita.


Me, orang bijak pandai ? The answer is NO. Tak ada kena mengena pun berkaitan orang cerdik/ bijak/ pandai ni. Common dear, dont judge too rashly. semua orang ada peluang untuk berkongsi rasa dan pendapat yang munasabah. So, lets talk about it.

LIFE IS TOO SHORT TO WAIT.

Nak dijadikan cerita, just MOVE ON duhh, please appreciate your life dear.
Berdasarkan pemerhatian persekitaran yang dilihat oleh cik empunya blog lah, ada sesetengah orang terus murung, berseorangan, pasif, dan ada yang sampai menangis overdose just tak dapat menerima hakikat ' hei, i just get through a bad day okeh "

Ya ya ya, actually tuan empunya blog ni faham kesukaran seseorang itu apabila menghadapi situasi yang tak dapat dijangka yang mungkin melibatkan masalah peribadi korang.

Sebab cik writer pun pernah ada masalah tahap petala ke-7 yang nak kena hadap, sehingga terasa nak give up aje terus. But once cik writer ada terfikir balik lari lah sebanyak mana yang boleh, you always get the difficulty all times. Bezanya cuma tahap 'trouble' yang kita kena hadap aje.

So, please never give up. There is no such thing as an ending, its just a new beginning. Tak semuanya sempurna tapi kita cuba jadi yang terbaik. We were born to be real not to be perfect.


Anyways, korang berhak mendapatkan sesuatu yang terbaik. Life is a gift. so appreciate it. Lets fighting together okeh [^^.] Cik writer pun tak sebagus mana, maaf andai tersalah kata, tersilap bicara or typo di mana-mana ya. Thats all, nanti ada masa continue.

Salam ukhuwah fillah *smile*

Friday 27 March 2015

Review Novel LE Forever Mine

My rating: 4 of 5 stars
First of all. Assalamualaikum.

I want to share something and here u're [^^,]

Mula-mula tak tau pula ada novel limited limited bagai ni. But, entah macam mana *tak ingat sebenarnya* boleh join group ikp, ternampak perkataan 'limited edition' nih. And uolss wanna know, novel Forever Mine nih lah yang jumpa for the first time in limited novel. Hiks, itu lah sejarahnya dari mana/bila/ dan bagaimana Afiqah dapat tau pasal novel limited nih. *sengih*

okeh stop cerita pasal diri sendiri.

Review bermula apabila Afiqah tertarik dengan teaser-teaser yang diberikan oleh writer wawa taufik dlm group fb. Macam best aje macam sweet aje. So, dgn susah payahnya cari lah novel tuh dkt merata buyers sbb time Afiqah sedar kewujudan novel fm nih, dah stop printing dan tidak dicetak semula. Okeh pendek cerita. AKHIRNYA DAPAT ! Weeeee

And the end, after reading FM nih, conclusion dibuat memang sweeeeeeet punnn ahaha. just slack sikit aje bahagian permulaan sbb mendatar sikit. tapi dapat di cover.

[ FOREVER MINE ]

Perhubungan di antara Shalia dan Aazad sperti di awangan. Berteman tetapi mesra. Berkawan tetapi intim. Bagi Shalia, hubungannya dengan Aazad hanya sekadar pelengkap hari-harinya.

Perkenalan secara maya dengan Iqram di laman sosial begitu mengujakan hati wanitanya. Pelbagai kisah dikongsi bersama sesuai dengan status mereka sebagai penuntut universiti.

Namun, apa yang paling menggusarkan hatinya adalah kehadiran Harif yang datang menghulur kasih. Pemuda kacukan Melayu-Korea itu benar-benar menghuru- harakan
hidupnya.

Ingin dilarang, hati mendesak menginginkannya. Ingin didekat, ada pihak yang masih menagih kasih.

"That's my girl." -Aazad
"Oh my ... rindunya ... " -Iqram
"I love you, baby!" -Harif

Dia buntu!

Siapa sebenarnya yang patut dipilihnya?

Aazad, Iqram atau Harif?

Dan apa pula rahsia mereka bertiga sehinggakan satu persatu hati wanitanya tersentap dan berlagu pilu?

---------------------------------------------------------------------------------------




Jeng Jeng Jeng.
Cerita not much konflik yang memeningkan kepala atau tangkap leleh. So, bergantung kepada pembaca yang meminati genre apa lh. for me, okeh. so sweet

Kagum dengan ketenagan Harif . Aazad yang bermulut manis but agak kejam sikit pun ada. rasa kesian pun ada. And you know what, who is Iqram? wuhhuuuu

FOR SPECIAL ENTRY DIA... MR MODEL

Ya Allah, why u so so damn sweet brother Mika. Memang asyik terkena aje lah Safa all the time.

Nak tau apa kisah diorang. Baca lah ye ! :) Okeh thats all. Sayonaraaaa

Tuesday 27 January 2015

Esei STPM : Usaha-usaha bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam pembuka bicara. Heyyoo!

Entry kali ni, berdasarkan pembelajaran. Hari nih, I rajin so boleh lah updates macam-macam. Lagipun tukar mood lah pulak, asyik-asyik cerita santai aje. Sekali sekala bagi lah penuh sikit brain tu dengan ilmu sakti yang bombastik. aishhh
| p/s | blurgh, dalam hati tengah congak banyak sangat ke cerita santainya kihkihkih

Okeh lah, stop bagi pengenalan yang ringkas. Shoot to the point.

------------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH ESEI :)

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan bagi membantu golongan ini?

        Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi, pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada, masyarakat kurang upaya ini tdak harus dipinggirkan kerana mereka juga tutut memberi sumbangan kepada negara. Oleh itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.

        Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.

        Media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkan kisah sedih dan pilu OKU untuk mengalih perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini, perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian, nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.

        Selain itu, kerajaan juga dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang. Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat (JARO) dan lain-lain institusi. Di sini, OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri. Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.

        Tambahan pula, pihak kerajaan juga tutut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat menggembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga dipelukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

        Di samping itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

        Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era permodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

-----------------------------------------------------------------------------------
OKEH, ITU SAHAJA. SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM ALAIK :)




Friday 23 January 2015

Busy Week



Too long ... Long ... And Long Time, tak updates anything news.

First week pun dah study macam-macam topik. Blurgh, tak boleh tahan, first day class hari tu dah bertimbun homework, kuiz dan tutorial. Kalau susun balik semua paper tu boleh lah ketinggiannya mencapai tahap gunung fuji. HiksHiks, okeh hiperbola semata-mata *evil laugh*

Semangat. Semangat. Semangat.

Okeh lah kan, better bersemangat daripada lemau semacam aje. Tak ada feeling gitu. Even, kalau nak makan biskut pun kita mesti nak kunyah yang rangup kan, takat yang dah lemau tu mesti dah campak tepi melainkan kalau dah kebuluq sangat tahap petala ke tiga, itu semuanya main kebas masuk perut. Kesian lah enzim-enzim dalam perut tu nak digest macam-macam. kihkih.

OKEH. STOP

Kebenda entah merepek macam-macam sampai topik digestion, adehh. Nak dijadikan cerita, mulanya sem 2 hampir sebulan yang lalu memang mencabar. Ini belum lagi nak kena pi buat kerja kursus, keluaq merata-rata. So, memang tak boleh dibuat main lah untuk sem ni.

As a student, our mindset must always be postive. never say die and don't turning back if something problems across bear in your mind. Just wake up and move forward. Empunya blog ni pun bukannya reti sangat bermadah-madah memberi kata perangsang tapi itu lah 'luahan kata' oleh Cik Empunya diri yang mengharapkan kesedaran terhadap pembaca-pembaca di sana tu jangan cepat berputus asa. Dan, Cik Empunya blog ni pun tak sehebat mana pun, biasa-biasa aje yang banyak juga melakukan kesalahan. Malas sebagai contohnya , hee.


                                                                 (From Uncle Google)

Okeh lah penat pulak menaip panjang panjang nih *lap peluh*
[Panjang sangat ke? Mengada aje lebih ni]

Salam Alaik. May Allah bless :)

Saturday 27 December 2014

Entry Esei SPM/STPM


Bismillahirrahmanirrahim,

Sebagai ' a new blogger' jari-jari nih masih terasa janggal untuk menaip sesuatu entry yang boleh memuaskan semua pihak dan...
Time-time cuti sekolah yang kian berakhir cenggini teringat pulak dekat junior-junior yang bakal menempuh alam persekolahan mereka kembali muahaha *gelak jahat* Hiks, apa-apa pun junior-junior tersayang tempuhilah alam persekolahan korang dengan hati yang ceria okeh.

ALL THE BEST, FIGHTING!

So, di sini I *gedik nak speaking,hailoh* nak berkongsi serba sedikit plot/ rangka karangan/ erk, atau 'apa-apa aje lh yang seangkatan dengannya' yang I dapat daripada cikgu tersayang. Khas untuk anda yang bergelar pelajar. Yang mana isi dia korang dah tau buat-buat layan aje lh eh.

Tajuk : Penderaan kanak-kanak terus berlaku di negara ini kerana sifat masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri.Tuliskan ulasan anda selengkapnya.

Pendahuluan: (Jenis definisi)
  • Penderaan kanak-kanak ialah perbuatan memukul, menghukum, menyakitkan hati atau perbuatan yang dapat mendatangkan kecederaan fizikal.
  • Jenis penderaan : memukul, merotan, dan mencucuh badan dengan puntung rokok yang menyebabkan kecederaan fizikal.

Isi-sisi penting :
  1. Kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat.

  • Masyarakat atau jiran tidak mengambil berat jika berlaku penderaan di kawasan sekitar mereka kerana tidak mahu "menjaga tepi kain orang".
  • Tidak melaporkan kepada pihak berwajib jika berlaku penderaan di kawasan kediaman mereka.


      2. Ibu bapa menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Kos hidup yang kian meningkat menyebabkan perbelanjaan terhadap keperluan anak meningkat, mereka menganggap anak sebagai satu bebanan.
  • Anak dipukul, dirotan jika menimbulkan karenah.


      3. Ibu bapa terlalu mengejar kemewahan atau bersikap materialistik.
  • Ibu bapa yang bekerja tidak mengambil berat tentang kebajikan anak mereka dan soal penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada pengasuh.
  • Ibu bapa menganggap bahawa dengan memberikan kesenangan dalam bentuk kebendaan sudah mencukupi.
  • Penderaan yang dilakukan oleh pihak pengasuh terhadap kanak-kanak.
  • Apabila anak memerlukan perhatian atau kasih sayang, mereka menjadi sasaran melepaskan geram oleh ibu bapa mereka.


      4. Emosi ibu bapa yang tidak stabil.
  • Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja atau tekanan kerja yang melampau akan mudah hilang kawalan apabila berhadapan dengan karenah anak.
  • Segala penat lelah yang dilalui sepanjang hari ditempiaskan kepada si anak.
  • Anak dipukul dan didera.


Penutup :

( Penanda wacana ) : Kesimpulannya,

( Penyataan ) : Kejadian penderaan dalam kalangan kanak-kanak kini semakin serius dan melibatkan        ibu bapa sendiri atau saudara terdekat.

( Sebab ) : Mereka terlalu mementingkan diri dan kerjaya, namun terdapat juga kes yang berlaku kerana si pendera itu sendiri pernah didera dan mengalami trauma yang teruk.

( Harapan ) : Kempen yang berterusan amatlah perlu untuk menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab terhadap anak mereka. Kesedaran masyarakat atau jiran juga perlu ditingkatkan supaya mereka dapat melaporkan kejadian penderaan sebelum menjadi lebih serius.




Okeh, selesai, fiuhh *lap dahi*. Semoga bermanfaat untuk dikongsikan. Maaf atas segala kesilapan
:)

May your life be blessed.






Wednesday 24 December 2014

Belajar buat blog

Yihhaaa! i'm done. hiks

Susah juga nak 'create' blog nih. Faham segala kebenda aps yang masih baru dilihat oleh pancaindera.

Masih banyak lagi kerja-kerja baik pulih yang perlu dilaksanakan untuk mendirikan 'sebuah bangunan' (blog) agar dapat ditonjolkan dengan megahnya. -ahaha hiperbola sangat ayat ni-

Okeh, that's all. I'm new here. Harap maaf segala kesilapan. Okie lah kan budak baru update blog dengan se-co-et post nih *lap peluh dahi*

May Allah bless. salam alaik